Banyak ahli sejarah percaya bahawa Minyak Zaitun berasal dari kawasan Mediterranean.
Selama berkurun lamanya, penduduk kawasan Mediterranean mengamalkan ‘Diet Mediterranean’ untuk menjaga kesihatan mereka dengan menggunakan Minyak Zaitun Extra Virgin. Pengiktirafan ‘Warisan Kemanusiaan yang Tidak Terganggu’ daripada UNESCO pada tahun 2010 menunjukkan kepentingan minyak zaitun dalam budaya mereka.
Morocco adalah salah satu negara di kawasan Mediterranean yang menghasilkan minyak zaitun extra virgin berkualiti tinggi. Kebanyakan produksi minyak zaitun ini berlaku di kawasan luar bandar. Minyak zaitun merupakan sebahagian daripada makanan tradisional mereka dan juga digunakan sebagai ‘drizzle’ atau cecair untuk mencicah makanan.
Minyak Zaitun Extra Virgin dari Morocco mempunyai sedikit rasa pahit berbanding dengan minyak zaitun extra virgin lain. Ini disebabkan proses penghasilannya yang menekankan pada kandungan antioksidan, yang memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesihatan badan kita.
Antara proses menghasilkan Minyak Zaitun Extra Virgin:
1. Penanaman di kawasan gurun yang panas dan berbatu: Khasiat antioksidannya meningkat kerana pokok zaitun berusaha keras untuk hidup. Pokok ini terdedah kepada cahaya matahari dan akarnya tumbuh lebih dalam ke dalam tanah. Ini menjadikan kandungan ‘polyphenol’ dalam minyak zaitun lebih tinggi berbanding minyak zaitun extra virgin lain.
2. Perahan awal dari buah zaitun yang muda: Perahan ini menghasilkan kandungan ‘oleocanthal’ yang memberikan manfaat kesihatan kerana berfungsi seperti ubat tahan sakit Ibuprofen.
Komponen antioksidan ini membantu mengurangkan risiko masalah kronik dan masalah kardiovaskular.
Selain itu, minyak zaitun extra virgin dari kawasan ini juga kaya dengan Vitamin E yang melindungi lemak dalam tisu badan daripada pengoksidaan dan Vitamin D yang membantu penyerapan serta penggunaan kalsium dan fosforus.
Mari kita bersama-sama menjaga kesihatan dan meningkatkan sistem imunisasi badan kita dengan mengambil Minyak Zaitun Extra Virgin Olive House, iaitu Minyak Olivie Plus 30x yang mempunyai kualiti yang tinggi.