fbpx

Sari Cuka Buah Tin (250 ml)

RM24.90

  • Sari Cuka Tin Olive House dihasilkan secara organik di sebuah ladang buah teen di Aydin, Turki. Buah teen segar yang dipetik dari ladang akan diperah, dihancurkan selama 12 jam dan dibiarkan matang di dalam tong kayu bagi tujuan penapaian semulajadi.
Category:

Sari Cuka Tin.

Sari Cuka Tin Produk ini juga dikenali dengan “Fig Vinegar” yang diperbuat daripada cuka buah semula jadi yang mempunyai bau lembut dan nipis.

Tahukah Anda?

Produk ini dihasilkan secara organik di sebuah ladang buah tin di Aydin, Turki. Buah tin segar yang dipetik dari ladang akan diperah, dihancurkan selama 12 jam dan dibiarkan matang di dalam tong kayu bagi tujuan penapaian semulajadi. Ia akan disimpan dalam jangka masa 6 bulan hingga 2 tahun dan sampel akan diuji di makmal dari semasa ke semasa untuk memastikan kualiti cuka yang terbaik. Namun apa kelebihan Sari Cuka Tin ini?

Diantara kelebihan Sari Cuka Teen adalah:

  • Sari Cuka Teen diimport dari Izmir, Turki
  • Diiktiraf MeSTI oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
  • Sari Cuka Teen mempunyai bau dan rasa yang lebih lembut berbanding sari cuka lain

Kebaikan/Manfaat mengamalkan pengambilan cuka tin:

  • Sari Cuka Tin mempunyai tinggi nilai Zat Besi. Zat besi adalah faktor pembentukan sel darah merah. Zat besi ialah komponen haemoglobin dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke semua bahagian badan.
  • Membantu proses detoksifikasi harian. Cuka buahan asli membantu mengurangkan berat badan, indeks jisim badan, dan jumlah kolesterol dan trigliserida orang yang sihat dengan obesiti dengan ketara (Kondo, 2009).
  • Sari Cuka Teen membantu mengawal kadar gula dalam darah. Cuka buahan asli membantu meningkatkan sensitiviti insulin pesakit dengan masalah rintangan insulin atau diabetes jenis 2 serta mempertingkatkan aliran darah otot. (Kondo, 2009).
  • Membantu menurunkan kolesterol. Cuka buahan asli membantu pencegahan penyakit kardiovaskular, dan perlindungan hati dan antitumor (Xia, 2020).
  • Antioksidan dan antitumor. Cuka buahan asli membantu fungsi aktiviti antioksidan dan antitumor (Xia, 2020)

Kaedah Penyimpanan dan Cara Pengambilan Sari Cuka Tin:

  • Simpan di tempat yang sejuk dan kering.
  • Setelah dibuka, pastikan botol ditutup dengan rapi.
  • Campurkan satu sudu besar didalam segelas air suam/ dicampurkan dengan Madu Kyrgystan dan boleh diamalkan dua kali sehari selepas makan.
× Klik Saya